Forums / Malaysia
Order: Newest / Oldest
Piala Malaysia
Aisamuddin87 (Selangor) 4 years ago
Kuala lumpur - Seperti dijangka Selangor dan Negeri Sembilan tidak menghadapi masalah untuk menyertai Kelantan layak ke suku akhir Piala Malaysia, semalam ketika ada satu lagi perlawanan peringkat kumpulan yang tinggal.

Dengan tiga pasukan tersebut sudah pun layak, ada lima lagi tempat untuk diisi oleh lapan pasukan yang masih berpeluang ke suku akhir iaitu KL Plus, Perlis, Terengganu, Perak, Johor FC, Kuala Muda Naza, Kedah dan Pulau Pinang.

Namun, KL PLUS yang menewaskan Melaka 4-0 di Stadium Hang Tuah, semalam boleh dikatakan sudah sebelah kaki berada di suku akhir dan hanya perlu seri dengan Perlis pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A, Selasa ini untuk mara.

Selangor pula walaupun sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Majlis Perbandaran Selayang tetapi sudah cukup kukuh untuk mengatasi tiga lagi pasukan dalam Kumpulan D.

Dengan mengumpul 13 mata, Selangor tidak mampu dipintas lagi termasuk oleh pasukan di tangga kedua, Kuala Muda Naza yang menang 3-1 ke atas Sabah di Kompleks Sukan Tawau, semalam.

Negeri Sembilan pula terlalu unggul menguasai saingan Kumpulan be apabila kemenangan kali kelima berturut-turut dengan mengatasi Sarawak 1-0 di Stadium Sarawak, semalam menjamin terus tempat mereka di suku akhir.

Mengekori rapat adalah Terengganu yang mencipta kemenangan 4-2 ke atas Johor di Stadium Tan Sri Hassan Yunos semalam tetapi masih terpaksa menunggu nasib mereka pada perlawanan terakhir menentang Negeri Sembilan di Paroi untuk layak.

Dalam saingan Kumpulan see, Johor FC dan Perak memiliki peluang seimbang untuk layak selepas Johor FC menang 4-2 ke atas UPB-MyTeam di Stadium Petaling Jaya manakala Perak seri 1-1 dengan Kuala Lumpur di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

Paling sukar untuk layak ke suku akhir adalah Kedah dan Pulau Pinang. Selepas Kelantan mengesahkan tempat, nasib mereka bergantung kepada perlawanan terakhir apabila mereka bakal bertemu sesama sendiri, Selasa ini.

Semalam, Kedah menewaskan barisan kedua Kelantan 1-0 di Stadium Darul Aman manakala Pulau Pinang menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 di Stadium Bandaraya



   
Kick4Life - changing lives through football